✨ 12 November 2026 ✨
Bnan Logo

Selamat Hari Lahir

Khas Buat Bella (Sygs) ..

Ada sesuatu yang min sediakan khas sempena hari lahir bella.. tekan butang di bawah untuk buka ..

12 . 11 . 2026 • SANAH HELWAH
Bnan Logo
Happy Birthday
Bella • Sygs Min ..
πŸ“ THE BNAN • β€œSelamanya Dihati” 🍲 Master Chef & Suka Jamu Orang πŸŽ₯ CapCut Aesthetic Queen πŸ›οΈ Shopee & TikTok Explorer
πŸ’Œ

Daripada Min ..

Ungkapan tulus ikhlas dari lubuk hati

Selamat hari lahir sygs..buat tahun ini 12.11.2026 tanpa mak disisi sygs.. tapi ingatlah min bertanggungjawab dalam hidup ni untuk gembirakan sygs walau apa pun terjadi sehingga akhir hayat kita..min nak ucapkan terima kasih banyak-banyak atas segala pengorbanan, kesetiaan, dan kesabaran sygs selama temankan hidup min..

min perhatikan setiap langkah bella dari dulu.. min tak pernah lupakan sygs.. masa mak sakit, sygslah jaga mak paling terbaik, sebaik yg mungkin..Syurga buat sygs 🀲😭..sambil-sambil boleh buat servis makeup, buat surprise delivery, gubah hadiah dan sambut birthday dan macam2 lagi bella dah pernah buat..pandai sygs cari duit..pandai sygs bahagiakan mak, dan bahagiakan orang lain turut terasa..ada satu perkara jangan berhenti buat baik, supaya orang lain sentiasa akan doakan kita nanti bila kita dh tiada nnti.. sebenarnya min nampak langkah sygs tu yang berjiwa dan hati bella terlalu besar bagi min sebenarnya..

sampai la sekarang sygs bina THE BNAN ENTERPRISE by Dapur BNAN.. mak pernah pesan, kalau masak dengan ikhlas mesti sedapkan.. dah memang betul, dari tangan bella sendiri sekarang lahirnya rasa kasih sygs tu sebab tu sampai boleh buat bisnes rojak buah dan bisnes kecil catering sygs..min percaya sygs macam2 boleh buat min yakin..jangan pernah putus asa ya.. dalam setiap senduk dan penat lelah sygs kat dapur tu, min tahu terselit banyak kenangan dan doa ..

paling min kagum dan bangga dengan sygs, hati bella tak pernah berubah dari dulu.. hati sygs lembut macam sungai yang mengalir, tak pernah kering..mcm dalam lagu tu kan hehehe..suka sangat bersedekah, jamu famili, sedekah masjid, bagi makan kat orang sekeliling.. walau penat macam mana pun, kamu tetap buat janji orang lain turut bahagia merasai makanan sygs..walaupun diri sendiri bukannya ada banyak duit sangat pun..tetap memberi, walaupun sikit..min rasa bersyukur sangat pada Allah, bangga jadi suami yang dapat berdiri di sisi bella tengok perjuangan sygs sampai harini ..

hari ni 12 november, sempena dah masuk fasa yg ke 30an tahun sygs.. giliran min pulak nak gembirakan bidadari min.. min hadiahkan kombo khas ni untuk sygs.. kamera insta360 dengan ipad ni min sediakan untuk bella berkarya, rakam semua cerita dapur dan jalan-jalan cari makan kita.. dan pasal casing ipad, sygs cari je kat shoope atau kedai, min bayar semuanya ..

min sygs bella sngt2 tau.. selagi hayat min ada, min akan terus ada kat sini temankan sygs.. terima kasih sebab jadi isteri yang terbaik untuk min selalu πŸ’–

πŸ“Έ MEMORI KASIH KITA

Album Kenangan Indah Bella & Min ..

Di sebalik setiap senyuman, ada sejuta doa, rasa syukur, dan cinta yang takkan pudar

Bersama Mak

Kenangan Bersama Mak .. ❀️

Al-Fatihah buat mak tercinta

Konvokesyen Min

Teman Setia Min .. πŸŽ“

Di saat jatuh dan bangkit

Gubahan Hadiah Bouquet

Sentuhan Seni Sygs .. πŸ’

Gubahan hadiah & surprise delivery

Katering BNAN

Dapur BNAN .. πŸ“

Bangga berdiri di sisi Bella selalu

Jalan-jalan Santai

Jalan-Jalan Berdua .. πŸƒ

Ketenangan di samping sygs

Raya Berpayung

Bidadari Min .. β˜‚οΈ

Anggun dan menawan selalu

Set Kombo Pencipta Kandungan πŸŽ₯

Senjata khas untuk THE BNAN ENTERPRISE & jalan-jalan cari makan viral

πŸ“Έ Kamera Baharu

Insta360 Ace Pro 2

Kamera kompak dengan Lensa Leica & Dual AI Chip.. senang bawa jalan-jalan, shoot video POV gaul rojak buah, dan rakam video makan viral waktu malam pun tetap terang dan lawa!

  • ✨ Video 8K Ultra Clear & HDR
  • πŸŒ™ PureVideo Malam Terang & Sharp
  • πŸ”„ Skrin Flip β€” senang nak tengok diri sendiri
  • 🎀 Audio jelas masa buat vlog kenduri
πŸ“± Studio Kreatif

Apple iPad

Skrin besar dan luas khas untuk sygs.. sambungkan terus dengan Insta360 tadi, edit video CapCut puas-puas, buat poster rojak buah, dan shopping Shopee tanpa sakit mata!

  • βœ‚οΈ Edit CapCut & Canva lebih laju & puas
  • πŸ“² Pindah footage Insta360 secara wireless
  • πŸ“Š Urus tempahan katering THE BNAN
  • πŸ›‹οΈ Layan Shopee & TikTok santai-santai
🎁 HADIAH BONUS DARI MIN

Baucar Casing iPad Pilihan Sygs

casing ipad min sengaja tak beli dulu tau.. sebab min nak bella pilih sendiri warna dan corak yang sygs paling berkenan kat shoope atau kedai.. min belanja sepenuhnya ..

Status Baucar
BELLA-SYGS-LIFETIME-VIP
✨ Min Pay 100% ✨
Piano Syahdu Untukmu Bella
Melodi Piano Khas Dari Min 00:00 / 03:52
✨ NUKILAN KHAS DARI MIN ✨

Untukmu Bella

Lirik & Melodi Khas Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ke-31 (12.11.2026)

Tiga puluh tahun berlalu pergi
Dalam senyummu tersimpan mimpi
Setiap langkah, setiap dugaan
Kau tetap indah di mataku sayang
Kau penyuluh di setiap gelap
Teman setia di saat ku lemah
Aku bersyukur Tuhan anugerahkan
Seorang wanita sebaik dirimu
Bella, selamat hari lahir cintaku
Doaku tak pernah berhenti untukmu
Semoga bahagia dunia akhirat
Kekal selamanya di sisiku selalu
Selamat hari lahir sayangku
Kaulah degupan di dalam jiwaku
Jika usia ini diberi lagi
Ku mahu hidup hanya denganmu
Andai esok tiada ku lagi
Ingatlah cinta ini takkan pernah pergi
Tertulis di hati takkan terpadam nama Bella
Selamanya ku simpan
Selamat hari lahir cintaku
Kaulah anugerah yang terindah
Tiada hadiah mampu ku beri
Selain kasih yang kekal abadi

Selamat hari lahir sayangku
Kaulah degupan di dalam jiwaku
Jika usia ini diberi lagi
Ku mahu hidup hanya denganmu
Hanya denganmu..
Bella, selamat hari lahir sayangku πŸ’–
"Setiap baris lirik ini adalah curahan rasa hati Min yang paling ikhlas. Terima kasih kerana sentiasa menjadi bidadari dan peneman hidup Min selamanya.."